Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen membatalkan kemenangan Hilman Idham dari Perikatan Nasional (PN) di Gombak Setia.
Petisyen dibuat pengundi, Shaffie Omar mendakwa RM150 diberikan sebagai dorongan kepada pengundi pada PRN Selangor, antara 4 dan 5 Ogos lalu.
Penolakan petisyen itu dibuat Hakim Mahkamah Pilihan Raya Abdul Wahab Mohamed.
Pada PRN Selangor, Hilman menang kerusi Gombak Setia dengan majoriti 58 undi selepas meraih 30,299 undi, mengatasi calon Barisan Nasional, Megat Zulkarnain Omardin yang meraih 30,241 undi, dan calon bebas, Salim Ali yamg meraih 1,076 undi.
Hilman menyatakan kesyukuran penolakan petisyen tersebut selain menggambarkan ia dibuat bagi mengkhianati dan memperkotak-katik mandat diberikan pengundi Gombak Setia.
Katanya, beliau telah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab mencemar nama baik dan reputasinya.
“Individu-individu ini telah dikenalpasti untuk tindakan lanjut dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan.
Sumber FMT