Umum

Rombakan kabinet, Istiadat angkat sumpah menteri dijangka Selasa

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan sertai Istiadat Mengangkat Sumpah Menteri dan Setia Sumpah Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan dijadualkan akan berlangsung di Istana Negara sekitar jam 3 petang Selasa, menandakan rombakan Kabinet pertama di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan media, sumber dari Putrajaya memyatakan beberapa Menteri akan ditukar portfolio dan Jabatan Wilayah Persekutuan akan kembali dinaik taraf menjadi Kementerian.

Terdahulu, Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet akan berlaku dalam bulan ini.

Pada ketika ini, terdapat kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas, yang dipangku Datuk Armizan Mohd Ali yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas)

Sumber sama dilaporkan turut memaklumkan, mungkin sosok teknokrat bakal diserap ke dalam Kabinet Perpaduan Kerajaan Madani, selain kebanyakan Ahli Parlimen UMNO yang menjadi menteri akan terus kekal dengan portfolio kementerian masing-masing.

 

 

Sumber Awani

PALING POPULAR

To Top