Mahkamah Persekutuan menolak permohonan peguam Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam perbicaraan rayuan terakhir bekas Perdana Menteri itu, terhadap sabitan menyalahgunakan dana SRC International Sdn Bhd.
“Kami berpendapat peguam itu tidak menunjukkan sebab untuk melepaskan diri.
“Kami menolak permintaannya untuk melepaskan diri.
“Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Sumber: Agenda Daily