Umum

MAIP beri RM3 kepada setiap kanak-kanak bawah umir 12 tahun yang Subuh berjemaah di masjid

Gambar Hiasan

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melaksanakan program Rezeki Subuh, yang akan memberi RM3 kepada kanak-kanak yang menunaikan solat subuh secara berjemaah di masjid di Perlis.

MAIPs memperuntukkan sumbangan berjumlah RM334,000 untuk pelaksanaan sumbangan RM3 bagi setiap kanak-kanak yang hadir menunaikan solat subuh berjemaah selama tempoh program iaitu 40 hari bagi menggalakkan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun untuk hadir menunaikan solat subuh secara berjemaah di 101 masjid di seluruh negeri.

Keputusan untuk pelaksanaan program itu diperoleh dalam Persidangan MAIPs Bilangan Pertama Bagi 2024 yang diadakan pada 23 Januari lepas, di Bilik Senat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Kampus Alam Pauh Putra, Arau.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan melancarkan Rezeki Subuh di akhir persidangan.

PALING POPULAR

To Top