Buletin

Malaysia bakal capai 80% vaksinasi populasi dewasa Isnin ini

Malaysia semakin menghampiri sasaran vaksinasi 80% populasi dewasa lebih awal daripada dijadualkan. 

Ketika ini, hampir 18.13 juta atau 77.5% individu dalam kumpulan itu sudah menerima vaksin lengkap, kata Kementerian Kesihatan (KKM) 

Menurut data yang dikeluarkan KKM di laman web CovidNow, sebanyak 238,002 dos vaksin sudah diberikan semalam di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan 75,986 orang menerima suntikan pertama dan 162,016 mendapat suntikan kedua. 

Ia menjadikan jumlah dos vaksin diberikan di bawah program ini kepada 39,923,416. 

Menurut, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin “Kerajaan menjangkan 80% populasi dewasa akan diberi vaksin pada akhir Oktober dan ketika itu Covid-19 akan menjadi endemik.” 

Namun, jangakaan CovidNow 80% kadar vaksinasi populasi dewasa dapat dicapai dalam masa tiga hari, iaitu pada 20 September. Ia hampir sebulan lebih awal daripada dijadualkan, sementara kadar vaksinasi 100% bakal dicapai pada 7 November. 

Kini, Lembah Klang yang merangkumi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya mendahului kadar vaksinasi dengan 105.6% populasi dewasa sudah lengkap divaksinasi. 

Manakalah, Sabah mempunyai peratusan dewasa yang divaksinasi lengkap terendah iaitu 53.7%. Bagaimanapun, angka itu menunjukkan peningkatan setiap hari. 

Secara keseluruh, 66.9% populasi, termasuk remaja berusia 12-17 tahun, mempunyai sekurang-kurangnya satu dos dan 55.5% diberi vaksin penuh. 

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak Februari lalu merupakan usaha Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) dalam mengekang jangkitan virus yang kini membuahkan hasil.

PALING POPULAR

To Top