Umum

Manoharan Periasamy ganti Dr Ammar sebagai KP Tourism Malaysia

Gambar Facebook

Bekas Pengarah Tourism Malaysia India, Manoharan Periasamy dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang baharu.

Memetik laporan Sinar Harian, Manoharan merupakan antara warganegara bangsa India pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah bagi Tourism Malaysia.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika) di Tourism Malaysia.

Juga difahamkan, Manoharan juga telah berkhidmat selama tiga penggal berturut-turut sebagai Pengarah Tourism Malaysia untuk India, dan memainkan peranan penting dalam menubuhkan pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan pertama di Mumbai pada tahun 2001.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan kenyataan bekas Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar yang meluahkan rasa kecewa apabila perkhidmatannya selama 36 tahun dalam industri pelancongan ditamatkan.

Menurut Ammar, sebagai kakitangan kerajaan yang telah lama berkhidmat, beliau sentiasa melakukan tugas mengikut prosedur dan tatacara betul.

Pada Sabtu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menjelaskan sebab Ammar diturunkan pangkat daripada jawatan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, kerana gagal mencapai prestasi kerja yang ditetapkan.

Dalam mengulas lanjut, King Sing berkata banyak peluang telah diberikan kepada Ammar memandangkan beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelancongan.

PALING POPULAR

To Top