Umum

MB Kedah selesai beri keterangan

Gambar Hiasan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan selepas hampir 3 jam berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhammad Sanusi dipercayai hadir ke SPRM memberi keterangan berkaitan dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Media melaporkan Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan pihaknya mengambil keterangan Muhammad Sanusi.

Terdahulu sumber melaporkan siasatan dilakukan selepas suruhanjaya itu menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan memperoleh projek di Kedah jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak negeri itu.

Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi dalam kerajaan negeri dan persatuan bola sepak itu berjanji akan memberikan projek pembinaan serta perkhidmatan sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.

Wang itu dipercayai sebagai balasan bagi membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

PALING POPULAR

To Top