Umum

Mekanisme lantik Ketua Pesuruhjaya SPRM dikaji semula

Mekanisme pelantikan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan agensi berkaitan sedang dikaji semula, termasuk keperluan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata penambahbaikan mekanisme itu dijangka akan melibatkan pindaan Perlembagaan, selain Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Menurutnya, SPRM telah mengadakan beberapa sesi libat urus serta memperoleh pandangan awal daripada pemegang-pemegang taruh seperti Jabatan Audit Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

SPRM turut membuat kajian perbandingan dengan meniliti kaedah pelantikan ketua-ketua agensi pencegahan rasuah di negara-negara jiran.

Sesi libat urus ini akan diteruskan dengan Jabatan Peguam Negara bagi meneliti kebolehlaksanaan cadangan ini,” katanya dalam jawaban bertulis.

Azalina menjawab pertanyaan Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu kesediaan kerajaan melaksanakan janji Pakatan Harapan berkenaan pelantikan ketua pesuruhjaya SPRM, iaitu ia perlu disemak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

 

Sumber FMT

PALING POPULAR

To Top