Umum

Mengapa harga minyak sawit turun, tetapi harga minyak masak naik?

Penyusutan harga minyak sawit mentah (MSM) sekurangnya RM4,500 satu tan ketika ini, dijangka berlaku sehingga akhir tahun.

Perkara itu didedahkan oleh, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata penyusutan itu bermula beberapa minggu lalu berikutan beberapa faktor meskipun pihaknya menjangkakan penurunan harga bahan komoditi itu akan mula berlaku pada penghujung tahun.

Namun, dengan penyusutan harga minyak sawit mentah ketika ini ia tidak memberi perubahan kepada harga minyak botol 2kg ke atas yang mengalamai peningkatan mendadak setelah subsidi bagi minyak botol itu dimansuhkan bermula 1 Julai 2022.

Netizen juga mula mempersoalkan ‘mengapa minyak naik berlipat ganda, kalau harga minyak mentah menyusut?’.

Kenyataan itu, memberi tamparan hebat kepada netizen yang lelah berdepan dengan peningkatan harga minyak masak dan beberapa barangan mentah yang berkuatkuasa baru-baru ini.

Tambahan, apa yang terjadi ini bagaikan satu ‘durian runtah’ bagi pengeluar minyak.

Bagaimana pula dengan nasib rakyat yang terbeban ketika ini? Masih tiada apa-apa tindakan yang dilakukan.

Malah, Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Ismail Sabri dalam kenyataannya menyarankan bagi kegunaan seisi rumah boleh menggunakan minyak paket yang diberikan subsidi ketika ini.

Namun, adakah Perdana Menteri kita tahu bahawa minyak masak paket itu tidak dapat menampung kegunaan harian malah stok yang sangat limited di pasaran.

PALING POPULAR

To Top