Aidilfitri 2017

Mercun Haram, Bunga Api Boleh, Kata Mufti Kelantan

Bila tiba je musim perayaan akan kedengaran bunyi mercun. Memang sakit hati kalau dengar bunyi mercun tanpa henti. Bukan itu je, mercun juga sangat bahaya.

Bermain dengan bahan yang membahayakan diri sendiri atau orang lain adalah bertentangan dengan ajaran Islam, kata mufti Kelantan di samping menyeru mercun diharamkan.

Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata tidak ada asas untuk mengaitkan mercun dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, dilaporkan The Star.

Beliau berkata demikian berikutan banyak kes kecederaan yang berlaku, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak,akibat bermain dengan mercun pada bulan Ramadan.

Lebih daripada 9 kes dilaporkan dalam tempoh 3 minggu lalu, yang hanya berlaku di Kedah, Kelantan dan Pahang.

Shukri berkata, seluruh industri di sebalik pembekalan mercun kepada orang awam perlu dijauhi orang Islam kerana ia menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, secara amnya bermain bunga api boleh diterima.

“Islam melarang penganutnya melanggar undang-undang negara. Jadi, dengan kata lain, ia adalah ‘haram’ (dosa),”katanya dipetik sebagai memberitahu The Star.

Sumber: Free Malaysia Today

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top