Microsoft kini menyatakan sedang dalam perbincangan bersama rakan kerjasama untuk melancarkan sebuah kedai aplikasi mudah alih memfokuskan permainan video (xbox mobile store).
Ini sekali gus akan memberikan lebih alternatif kepada pengguna Android dan iPhone dalam mendapatkan permainan mudah alih.
Tarikh pelancaran tidak diketahui lagi, tetapi beberapa spekulasi menyatakan ia akan diperkenalkan seawal setahun dua lagi ini.
Sekiranya benar, maka kita mungkin melihat ia menjadi antara kedai aplikasi alternatif terawal pada platform Apple.
Activision Blizzard, yang telah diambil alih oleh Mocrosoft, pernah berhasrat memperkenalkan kedai aplikasi tersendiri untuk platform Android.
Microsoft sebelum ini pernah menyatakan sebab ia mengambil alih Activision Blizzard adalah kerana jenamanya yang kukuh dalam sektor permainan dan telah mempunyai sejumlah permainan mudah-alih popular, termasuk Call of Duty Mobile dan Candy Crush.
Dalam suatu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Gaming Phil Spencer telah menyatakan
usaha ini adalah untuk memastikan Xbox bukan sahaja releven hari ni, tapi masih releven dalam tempoh 10 atau 20 tahun akan datang.