Umum

PAS pertahan kemenangan di Parlimen Kemaman dengan majoriti lebih besar

Gambar media MB

PAS mempertahankan kemenagan di Parlimen Kemanan dengan majoriti lebih tinggi pada pilihan raya kali ini berbanding pada PRU15.

Calon PAS Ahmad Samsuri Mokhtar, yang juga menteri besar Terengganu, berjaya meraih 64,998 undi pada PRK Kemaman, mengatasi calon Barisan Nasional bekas panglima angkatan tentera, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang meraih 27,778 undi.

Pertandingan 1 lawan 1 kali ini menyaksikan PAS meraih majoriti 37,220 undi pada pilihan raya ini, mengatasi 27,179 undian yang diperoleh pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan wakil Perikatan Nasional itu pada 10.10 malam tadi di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman.

SPR memaklumkan seramai 141,043 pengundi layak memilih, dengan kira-kira 65.7% pengundian direkodkan. Sebanyak 428 undi ditolak dan 35 kertas undi tidak dikembalikan

PRK diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid, pada PRU15.

PALING POPULAR

To Top