Buletin

Mira Filzah Jadi Model Di Pentas Fesyen New York

Selalunya orang cantik ni sentiasa menjadi rebutan dan perhatian. Pasti akan ditawarkan untuk jadi pelakon atau pun model. Untungnya jadi orang cantik.

Dengar cerita pelakon cantik Mira Filzah bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York!

Mira Filzah akan mewakili sebuah pereka fesyen tempatan dan menyertai New York Modest Couture Fashion Week pada 8 hingga 10 September depan di Amerika Syarikat.

“Alhamdulillah ada beberapa projek yang akan memerlukan saya ke luar negara dan paling saya teruja dapat mewakili sebuah jenama di pertunjukan fesyen di New York.

“Malah saya turut diberi peluang untuk memperagakan pakaian jenama yang tak dapat saya sebutkan ketika ini di pertunjukan fesyen itu,” katanya kepada mStar Online.

New York Modest Fashion Week itu akan diadakan di The Crowne Plaza, Times Square, New York dan bakal mengetengahkan fesyen Muslimah dari seluruh dunia.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top