Umum

MotorManiac Encore Edition x Jom Battle mengegarkan Mytown dengan acara breakdance yang disertai peserta dari dalam dan Luar Negara.

Minggu lalu, MotorManiac Encore Edition anjuran MotorManiac dibawah naungan BATERIKU.COM telah berlangsung selama dua (2) pada 7 hingga 8 Oktober 2023 bertempat di Rooftop, Tingkat 7, MyTown Kuala Lumpur.

Acara tahunan kali ini agak berbeza apabila Motormaniac menyelitkan program dan aktiviti gaya hidup daripada BBOY (Breakdance).

Apa yang mengejutkan acara breakdance ini bukan hanya disertai oleh anak muda tempatan tetapi juga luar negara.

Seramai 140 penyertaan dengan 9 peserta luar negara  daripada France, Switzerland, Libya, Turkemenistan, Philippines, Thailand dan Singapore telah memeriahkan pertandingan ini.

Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori iaitu 2 vs 2 breaking, 2 vs 2 openstyle juga RAP battle dan setiap pemenang membawa pulang wang tunai, barangan dagang dan juga sijil.

Acara Motormaniac telah menempatkan sejumlah 450 kereta daripada JDM, MDM, Continental, Concept Cars sehinggalah Supercars.

Pengunjung turut menyaksikan pelancarankhas kereta projek pertama MOTORMANIAC iaitu Nissan Cefiro A31. PROJEK MOTORMANIAC A31 telah dimulai sejak 2 tahun lalu

Acara selama 2 hari ini mendapat sambutan yang begitu mengalakan apabila semua lapisan masyarakat berkumpul bagi melihat kereta kegemaran dan berkongsi minat. Selain itu membantu pertumbuhan ekonomi bagi peniaga food track.

PALING POPULAR

To Top