Umum

JKM, KDN dan PDRM akan berbincang untuk perketatkan saringan calon pengasuh

Gambar FB KPWKM

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, memaklumkan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meneliti cadangan untuk memperketat dan mewajibkan saringan tapisan keselamatan terhadap siapa-siapa yang ingin bekerja sebagai pengasuh untuk mengurangkan risiko penderaan kanak-kanak.

Beliau berkata, “Ini adalah antara usaha kementerian dalam memperketatkan proses saringan pengambilan pengasuh di pusat jagaan dan taska untuk mengurangkan risiko kanak-kanak didera semasa dalam penjagaan orang lain.

Kita akan menyusun semula penempatan pegawai di setiap daerah dengan menempatkan pegawai yang akan memberi fokus untuk melaksanakan tugas, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan khususnya untuk pusat jagaan kanak-kanak dan Taska sahaja. Ini akan dimulakan di 43 daerah yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko, dan kita akan melaksanakannya pada tahun ini juga,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Program kesedaran terhadap hukuman ke atas pendera kanak kanak, dan program memperkasakan kanak-kanak serta komuniti adalah di antara usaha yang telah dirancang untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak.

PALING POPULAR

To Top