Buletin

MPN bercadang membuka sempadan, juga memendekan atau memansuhkan tempoh kuarantin bagi pelancong

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin dalam sidang medianya hari ini berkata, MPN mencadangkan agar kerajaan memansuh atau memendekkan tempoh kuarantin warga asing yang tiba dari luar negara.

Cadangan ini dibuat bagi tujuan pelancongan kepada warga asing yang sudah lengkap vaksinasi Covid-19 sempena pembukaan semula sempadan negara dengan selamat.

Menurut beliau, cadangan tersebut dijangka dibincangkan dalam jawatankuasa yang dipengerusi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang ini.

“Pertimbangan ini kita telah fikir lama, dengan beberapa peraturan dan pelawat-pelawat asing baik sosial, perniagaan atau pelancong boleh datang ke negara kita telah sempurna vaksinasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) keempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, pada jumaat.

Katanya, MPN berharap proses pembukaan sempadan negara yang merupakan aspek penting dalam usaha pemulihan negara dapat dilaksanakan dengan segera, dan selamat.

Malaysia yang sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa divaksinasi, kini menujukkan perkembangan yang pesat apabila hampir kesemua sektor ekonomi kembali berjalan seperti biasa.

PALING POPULAR

To Top