Umum

MPN perkukuh sistem kesihatan, ekonomi pasca Covid-19

Pada 14 Jun 2021, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ketika itu telah menggumumkan strategi Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat.

Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Indikator Pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian;

Indikator Kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU; dan

Indikator Ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Jika kita lihat pada hari ini, Pelan Pemulihan Negera (PPN) di bawah naugan Muhyiddin Yassin ini bukan satu omong kosong apabila kita sudah pun mencapai herd imunity dengan lebih 90% peratus populasi dewasa di vaksin dan menyaksikan pembukaan kesemua sektor ekonomi di Malaysia.

Ia menunjukkan bahwa sektor kesihatan dan ekonomi di Malaysia tidak lemah, malah sudah diperingkat yang terbaik dalam menangani krisis Covid-19 ini.

Selaku, Pengerusi MPN Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana pandemik Covid-19 memberi pengajaran kepada negara tentang kepentingan penambahbaikan dan penstrukturan semula sistem kesihatan dan ekonomi agar lebih cekap serta berdaya tahan.

“Sebagai Pengerusi MPN, saya memikul amanah untuk memastikan segala perancangan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merupakan strategi keluar daripada krisis kesihatan dan ekonomi kesan pandemik Covid-19 dapat berjalan seperti dirancang dan dipastikan mencapai matlamatnya.

“Untuk menjayakan matlamat MPN ini, pendekatan seluruh kerajaan dan masyarakat sahaja tidak memadai, sebaliknya memerlukan pendekatan seluruh negara bagi membolehkan usaha pemulihan berjalan lancar dengan mendapat sokongan dari seluruh pelosok tanah air,” katanya

Selain itu, Beliau turut mengingatkan rakyat agar sentiasa bersedia berdepan ancaman yang mampu menggugat keselamatan rakyat dan kestabilan negara dan muncul tanpa amaran pada masa depan.

“Tahap kesiapsiagaan itu bukan sahaja dalam aspek pertahanan, bahkan meliputi antaranya pemerkasaan kawalan penyakit, pembangunan vaksin dan sokongan yang mencukupi terhadap petugas kesihatan dan keselamatan yang menjadi ‘frontliners’ kita.

“Dalam era baharu ini, kita perlu mengatur strategi agar pada masa depan kita telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pandemik, bukannya baharu hendak bertindak selepas dilanda pandemik,” katanya.

PALING POPULAR

To Top