Umum

Muhyiddin gesa kerajaan pertimbangkan pengeluaran KWSP bersasar!

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesa agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan seharusnya memberikan tumpuan penuh kepada rakyat dengan mendengar rintihan mereka dalam memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat.

“Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini.

“Bank-bank juga patut turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR,” katanya semasa Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tambahan beliau, usia kerajaan sudah menjangkau tiga bulan namun masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat.

Beliau menyarankan agar kerajaan berhenti bermain politik, dan berikan tumpuan kepada rakyat dengan menunaikan janji-janji yang telah diberikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

PALING POPULAR

To Top