Buletin

Muhyiddin Yassin memandang serius isu kenaikan harga barang

Senario kenaikkan harga barang ini menggusarkan hati orang ramai yang terjejas akibat pandemik Covid-19, ia bagaikan “sudah jatuh, ditimpa tangga”.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negera (MPN) hari ini terpanggil untuk membuat satu kenyataan media untuk menerangkan situasi yang berlaku.

Menurut beliau, data terkini daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) bagi pengeluaran tempatan meningkat sebanyak 12.3 peratus pada September 2021, berbanding 9 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

“Ini akan menyebabkan peningkatan inflasi untuk beberapa bulan akan datang yang tentunya akan membebankan pengguna”

“Saya amat memandang serius isu kenaikan harga barang yang pada hermet saya akan menjejaskan proses pemulihan negara”, ujarnya.

MPN dalam sidang-sidang yang lepas telah meneliti kesan ke atas keupayaan sektor-sektor ekonomi untuk bangkit pulih sebaik negara dibuka semula, terutamanya dari sudut ketidakupayaan penawaran (supply) untuk memenuhi permintaan (demand) yang boleh menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Selain itu, isu kekurangan tenaga kerja yang meruncing dalam pelbagai sektor dan masalah kecairan (liquidity) yang dihadapi oleh Perusahan Mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah diberikan penekanan khusus oleh MPN.

Tambahan beliau, “sehubungan itu, MPN telah menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas berkenaan isu tenaga kerja bagi mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian segera yang boleh dipertimbang dan dilaksana oleh kerjaan”.

Jawatan kuasa ini telah diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia dan dianggotai pelbagai agensi berkenaan.

MPN turut menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas isu kekangan aliran tunai dan pembiayaan bagi PMKS untuk mencari penyelesaian segera isu kecairan yang dihadapi oleh PMKS dalam tempoh pemulihan ini.

Ujar beliau lagi, “dengan langkah ini dijangka dapat membantu PMKS memulakan perniagaan sekali gus meningkatkan keupayaan penawaran”.

“Saya berharap agensi penguat kuasa akan terus melipatgandakan usaha penguatkuasaan untuk memastikan pengeluar, pembekal dan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikan harga pada kadar yang tidak munasabah”,

“Saya juga berpandangan sebuah Jawatankuasa Kabinet wajar ditubuhkan untuk menangani isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan bagi membantu meringankan beban rakyat pada waktu yang sukar ini”.

Beliau dalam kenyataan media itu, telah memutuskan bahwa Perikatan Nasional (PN) akan menganjurkan Gerai Prihatin Rakyat yang menjual barangan keperluan harian pada harga murah di seluruh negara.

PALING POPULAR

To Top