Buletin

Tiada waran tangkap, Rosmah gagal hadir perbicaraan

Isteri Bekas Perdana Menteri keenam, Rosmah Mansur hari ini hampir diberi waran tangkap oleh panel tiga hakim diketuai hakim Hanipah Farikullah, apabila beliau gagal hadir ke Mahkamah Rayuan bagi pendengaran rayuan untuk melucutkan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama dalam kes rasuah melibatkan projek hibrid solar di Sarawak.

Namun beliau diberikan peluang menggunakan budi bicara mahkamh agar dapat hadir ke mahkamah pada Isnin depan selepas dimohon peguam mewakilinya, Jagjit Singh. Susulan kebenaran sebelum ini yang melepaskan pasport kepada beliau untuk ke Singapura.

Menurut perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 15 Oktober 2021, Rosmah sepatutnya pulang dari Singapura sebelum 21 November lalu.

Menurut Hanipah, peguam bela bahawa Rosmah tidak pernah gagal hadir ke mahkamah untuk prosiding perbicaraannya.

“Perayu (Rosmah) belum pulang ke Malaysia seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam perintah bertarikh 15 Oktober 2021.

“Peguam perayu mengakui kegagalan perayu untuk hadir ke mahkamah hari ini adalah tidak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi.

“Oleh itu, perbicaraan ini akan ditangguhkan ke Isnin depan bagi meneruskan perbicaraan,” katanya.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin.

PALING POPULAR

To Top