Umum

Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh, dengan satu agenda baru!

Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam melakukan lawatan ke Pagoh bagi menyertai program sembang santai dan bermesra dengan penduduk di kawasan parliemnnya.

Dalam corentan beliau, di Facebook itu. Beliau mengucapkan segulung tahniah kepada Md Aliff Danial Muhammad Asri berusia 19 tahun yang terpilih menyertai Yamaha VR46 Master Camp di Tavullia, Itali pada bulan Jun lalu.

Menurut beliau, “Saya kagum mendengar cerita Aliff Danial, satu-satunya pelumba dari Malaysia”.

Alif bersama empat lagi pelumba lain dari seluruh Asia berpeluang menjalani pelbagai latihan di akedemi milik Valentino Rossi itu.

Di tempat yang sama, Kampung Sebasu, Raya Pedan, beliau sempat sempat bersarapan dengan penduduk setempat.

Beliau juga, bertanya khabar dan menjawab beberapa pertanyaan penduduk mengenai isi-isu semasa termasuk Pilihan Raya Umum Ke-15.

Dalam perjumpaan itu, beliau menjelaskan bahawa sebagai Ahli Parlimen Pagoh, Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) beliau membantu rakyat dan itu adalah agenda nombor satu buat parti ini.

Termasuk usaha menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan kemahiran usahawan kepada orang muda dan graduan universiti.

Beliau juga berkesempatan menziarahi dua warga emas di kampung tersebut iaitu Haji Hasni Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Bakar dan Puan Asmah Nasir.

Bukan itu sahaja, beliau juga singgah sebentar di Kedai Kopi Keng Wah beramah mesra dengan pelanggan berketurunan Tionghoa di situ dan menyampaikan bantuan kebajikan berupa barangan keperluan asas untuk pesakit kanser, kerusi roda dan wang tunai kepada beberapa penduduk yang tidak bernasib baik di pekan tersebut.

Beliau juga telah hadir bagi menyampaikan hadiah acara sukaneka masyarkat Orang Asli di Kampung Sentosa dan juga majlis perkahwinan.

“Saya turut menunaikan permintaan masyarakat di situ untuk memiliki sebuah balai raya dengan memberi peruntukan sebanyak RM100,000 serta menyampaikan sumbangan bot dan enjin bot untuk membolehkan mereka keluar mencari rezeki di sungai”, ujarnya.

Beliau juga menyampaiman beberapa pesanan ringkas kepada masyarakat Orang Asli agar sentiasa menitikberatkan pendidikan demi masa depan generasi muda selain sentiasa menjaga kesihatan.

PALING POPULAR

To Top