Aidilfitri 2017

Naik KTM Balik Kampung, Peminat Puji Sikap Sederhana Datuk Siti

Selepas Fasha Sandha, giliran Datuk Siti Nurhaliza pula yang pulang ke kampung suaminya di Kedah menggunakan pengangkutan awam.

Menerusi laman Instagramnya, Siti berkata, dia seronok menggunakan pengangkutan awam tersebut setelah berpuluh tahun tidak menaiki kereta api.

Apa yang pasti, peminatnya tidak mahu melepaskan peluang berjumpa dan bergambar dengan penyanyi tersohor negara itu.

Difahamkan Siti akan berada di Kedah selama tiga hari untuk menyambut sambutan Aidilfitri bersama keluarga di sana.

Meskipun bergelar seorang artis, rata-rata peminat kagum dengan sikap sederhana Siti yang memilih menaiki pengangkutan awam untuk mengelakkan dari kesesakan lalu lintas.

#ETS KLS- SUNGAI PETANI

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sumber: Astro Gempak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top