Nelayan menaiki bot yang karam di Bagan Datuk telah ditemui maut petang Rabu.
Mangsa, Amir Hamzah Shaari, 55, dijumpai pada jam 5.20pm anggaran 400 meter dari lokasi bot karam.
Usaha pencaraian melibatkan Unit Pengesan K9, JBPM Perak, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Mangsa yang ditemui meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya,” kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad dalam kenyataan.
Terdahulu, media melaporkan, seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya karam di Kampung Pasang Api.
Sabarodzi berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan insiden itu pada 1.12 pagi sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.