Buletin

Netizen persoalkan pemindahan Nik Ezanee sebagai juruiring PM

Semalam, media social dibanjiri dengan kekecohan apabila Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dilantik sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu juga telah disahkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

“Memang benar, beliau telah dilantik sebagai ADC mulai Rabu” katanya

Netizen rata-rata membantah dengan tindakan yang telah dibuat, dan berharap Nik Ezanee terus kekal dalam Jabatan Siastan Jenayah, Selangor.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang mengenai pelantikan beliau sebagai ADC.

Pegawai kanan polis berusia 43 tahun itu dilantik sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor pada 12 April selepas menjadi Ketua Polis Daerah Petaling Jaya sejak 17 Februari tahun lepas.

PALING POPULAR

To Top