Buletin

Nombor Plat ‘AKU 8055’ Jadi Rebutan Ramai

Nombor plat kenderaan AKU 8055 dijangkakan mendapat permintaan tertinggi apabila bidaan untuk nombor itu telah dibuka secara rasmi.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata pertanyaan untuk nombot plat AKU 8055 ini telah diterima sejak tahun lalu kerana sebutannya menyamai “AKU BOSS”.

“Beberapa individu termasuk selebriti terkemuka tanah air, bintang sukan serta selebriti kosmetik sudah pun membuat bidaan untuk nombor plat terbabit,” katanya memetik Sinar Harian.

Katanya juga, pemilik nombor plat itu akan diketahui selepas bidaan ditutup pada 18 Julai.

Selain AKU 8055, nombor pendaftaran yang hampir sama dengan sebutan AKU BOSS seperti AKU 805 dan AKU 1305 turut dijangka mendapat permintaan tertinggi sepanjang tempoh dua minggu bidaan dibuka.

Setakat ini nombor plat kenderaan termahal di Perak ialah AKK 1 yang dibida pada harga RM288,000 tahun lalu.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

To Top