Umum

Op Dadu, 21 individu ditahan disyaki terlibat perjudian

Gambar Hiasan

21 individu termasuk 10 wanita dan 3 warga asing Indonesia ditahan polis dalam serbuan Op Dadu di sekitar daerah Kuantan hari Jumaat kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, mereka yang ditahan berusia di antara 17 hingga 51 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan tetap dengan remaja terlibat tidak bersekolah, manakala tiga warga Indonesia tidak mempunyai dokumen sah.

“Polis turut merampas wang tunai RM5,319, telefon bimbit, modem dan router serta kertas mengandungi angka dan huruf dipercayai digunakan dalam kegiatan itu daripada suspek,” katanya dilaporkan Awani.

Wan Mohd Zahari turut berkata operasi selama 2 jam bermula jam 6pm semalam itu melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga 16 Januari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) (C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

PALING POPULAR

To Top