Umum

Operasi mencari 3 remaja dihanyut sungai diteruskan

Gambar Hiasan

3 remaja dilaporkan hilang petang hari Ahad selepas dihanyutkan arus deras ketika bermandi di Sungai Batang Lassa berdekatan Nangar, Daro.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan jabatan itu bersama polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung ditangguhkan kira-kira jam 7.45 malam tadi berikutan keadaan cuaca gelap, bagaimanapun ia masih diteruskan hari ini.

Mangsa-mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Herodias Enggung, Aldrin Gambang Allan Kiai dan Sebastian Oziel Seman Umpi, yang ketiga-tiga berusia 13 tahun.

Dikatakan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro melibatkan 8 anggota serta jentera terus digerakkan ke lokasi sejurus dihubungi Balai Polis Daro pada petwng kejadian.

“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan jam 6.46 petang secara pencarian di permukaan air menggunakan peralatan khas, namun sehingga operasi itu ditangguhkan atas arahan polis semalam, mangsa-mangsa ini masih belum ditemukan,” katanya

 

PALING POPULAR

To Top