Umum

Lee Zii Jia muncul juara di Terbuka Arktik, Finland

Gambar IG Team LZJ

Lee Zii Jia telah membuktikan status pemain nombor satu Malaysia apabila beliau muncul sebagai juara di Terbuka Arktik, Finland. Beliau berjaya menewaskan rakan senegara Ng Tze Yong, setelah menundukkan Tze Yong pada aksi selama 40 minit.

Saingan yang berlangsung di Vantaa Energia Arena itu mempamerkan aksi bertenaga pada set pertama bagi memenangi 21- 14 dan pada set kedua memenangi 21-15 apabila momentum yang positif diteruskan beliau.

Zii Jia sebelum ini berjaya muncul juara dalam Terbuka Australia Ogos lalu dan juga Terbuka Thailand Mei 2022 dimana beliau muncul sebagai juara apabila menewaskan Li Shi Feng, wakil negara China.

Kemenangan terbaharu itu bermakna Zii Jia mempunyai empat gelaran World Tour atas namanya, setelah turut memenangi Terbuka Taiwan 2018, All England 2021 dan Terbuka Thailand tahun lepas.

PALING POPULAR

To Top