Umum

Ops Samseng Jalanan, Polis sita 16 buah motorsikal

Gambar PDRM

Polis telah bertindak sita sebanyak 16 buah motorsikal dan mengeluarkan sebanyak 74 keping saman untuk pelbagai kesalahan trafik di sebuah operasi di Bukit Mertajam pada hari Jumaat.

Op Samseng Jalanan telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Tengah (BSPTS SPT) dan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Seberang Perai Tengah bermula jam 11 malam, hari Jumaat.

Menurut kenytaan yang dibuat, operasi yang dijalankan itu berkenaan aktiviti samseng jalanan yang membahayakan pengguna jalanraya dan menganggu ketenteraman awam

Tambahnya lagi, BSPTS SPT tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti ini dan operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti ini diminta untuk menyalurkan kepada Bilik Gerakan IPD SPT di talian 04-5306402,” katanya.

 

 

 

PALING POPULAR

To Top