Umum

Pecah cermin dan samun mangsa tengah jalan, 2 suspek diburu polis

Gambar Hiasan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu dua suspek samun yang memecahkan cermin sebuah kereta di Desa Jaya, Gombak pada hari Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir telah mengesahkan polis menerima satu laporan berhubung kejadian samun yang berlaku pada jam 9.15 pagi di Jalan Desa 5 di Gombak.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, kejadian samun terbabit didapati berlaku ketika mangsa yang merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 25 tahun dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Semasa sampai di tempat kejadian, datang sebuah motosikal dinaiki dua lelaki yang tidak dikenal pasti bangsanya.

“Pembonceng motosikal bertindak memecahkan cermin kereta di bahagian penumpang hadapan dan mengambil beg silang mangsa.

“Setelah memperoleh beg tersebut, kedua-duanya melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Noor Ariffin berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan.

 

PALING POPULAR

To Top