Umum

Pak Lah sedang terima rawatan di IJN

Bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara tersebut dimaklumkam oleh Khairy Jamaluddin yang berkata Pak Lah dimasukkan ke IJN sejak petang semalam akibat “small spontaneous pneumothorax” atau kekurangan oksigen dalam badan.

“Beliau berada dalam keadaan yang stabil dan mash berada di CCU IJN sekarang ini untuk pemantauan doktor.

“Alhamdulillah, beliau berada dalam keadaan baik namun memerlukan rehat yang secukupnya,” katanya menerusi hantaran di IG Story Instagram.

Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda Umno berkata Abdullah tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini, namun beliau dan keluarga menghargai doa dan kata-kata semangat buat negarawan itu.

“Saya mewakili seluruh ahli keluarga amat menghargai doa serta kata-kata semangat yang dititipkan buat beliau tetapi pihak IJN menasihatkan agar beliau tidak menerima pelawat buat masa ini.”

Proses rawatan Abdullah yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas dipantau pakar Kardiologi IJN Dr Azmee Ghazi.

Pada September 2022, Khairy buat pertama kalinya mendedahkan mengenai penyakit demensia dihidapi Abdullah.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata Abdullah mula menunjukkan tanda kemerosotan kognitif (cognitive impairment) sejak 2009 selepas beliau bersara daripada jawatan Perdana Menteri.

PALING POPULAR

To Top