Umum

Pakar Nefrologi gesa universiti jelaskan kenapa individu bankrap dibenarkan ketuai jabatan

Gambar Facebook

Pakar nefrologi, Dr Rafidah Abdullah menggesa sebuah universiti awam menjelaskan kenapa individu diisytiharkan bankrap dibenarkan mengetuai satu daripada jabatan di bawah fakulti perubatannya.

Ujarnya, naib canselor universiti itu perlu menjelaskan perkara itu memandangkan peraturan kerajaan melarang individu bankrap menyertai perkhidmatan awam.

“Universiti XX, tolong jelaskan. Jangan memalukan universiti,” katanya menerusi sebuah hantaran di Facebook tanpa menamakan universiti terbabit.

Sehubungan itu, beliau berkata akan memfailkan aduan rasmi lebih khusus.

Rafidah turut mendakwa individu tersebut tiada pendaftaran untuk praktis tahun ini.

Beliau bertanya sama ada rakyat Malaysia sedia dirawat atau dibedah doktor yang tiada lesen untuk prakris perubatan secara sah dan merupakan individu bankrap yang belum menjelaskan hutang tertunggak.

 

PALING POPULAR

To Top