Umum

Pakej langganan internet TM naik harga sehingga RM 428.90

Telekom Malaysia (TM) telah melaraskan yuran langganan bulanan pelan Unifi Home 2Gbps daripada RM399 kepada RM428.90.

Harga baharu itu disertakan dengan langganan pelan Netflix standard, yang mana syarikat itu berkata pengguna boleh menonton pada dua peranti yang disokong pada satu masa.

Pelan 2Gbps mula diperkenalkan pada April dengan harga langganan RM399 dan menjanjikan kelajuan muat turun sehingga 2Gbps dan kelajuan muat naik sehingga 1Gbps.

TM juga telah melaraskan harga pelan 1GBpsnya, yang turut diperkenalkan pada April, daripada RM349 sebulan kepada RM378.90 sebulan dengan kemasukan Netflix Standard.

Pada masa ini, syarikat itu tidak menawarkan pengguna baharu pilihan untuk menarik diri daripada langganan Netflix tambahan pada 2Gbps atau 1Gbps. Kedua-dua rancangan itu juga disertakan dengan kontrak selama 24 bulan.

Peningkatan sebanyak RM29.90 ini dilihat disebabkan oleh penyertaan langganan Netflix bersama dengan pakej tersebut. Pelanggan tidak diberikan pilihan untuk melanggan tanpanya buat masa ini.

Peningkatan ini dianggap bercanggah dengan penyelarasan bahawa pakej internet akan menjadi murah menjelang September yang seperti diwar-warkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Menurut, Fahmi Fadzil pelan pakej Internet akan menjadi lebih murah pada September apabila Piawaian Mandatori mengenai Harga Akses (MSAP) diterima pakai.

Sumber: The Star

PALING POPULAR

To Top