Umum

PAS masih ingin bekerjasama dengan Perikatan Nasional – Muhyiddin Yassin

Semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan rundingan tergempar apabila Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menuntut penjelasan berhubung kerjasama PAS dengan UMNO.

Namun, menurut beliau perjumpaan PAS dengan UMNO itu bukanlah perjumpaan rasmi dan tiada apa-apa kata putus yang dicapai.

Apabila, UMNO masih dengan pendirian untuk tidaK bekerjasama dengan PAS dalam PRU-15, begitu juga dengan PAS yang masih ingin berkerjasama dengan parti-parti anggota dalam Perikatan Nasional.

Dalam kenyataan media yang dikongsi laman Facebook beliau, beliau juga mengatakan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional malam tadi juga telah meluluskan pelantikan Ketua-Ketua Kawasan bagi negeri Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Selain itu, Perikatan Nasional membincangkan bagaimana untuk membela nasib rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah dalam menghadapi kesan inflasi dan keadaan ekonomi yang sedang melanda negara ketika ini.

PALING POPULAR

To Top