Umum

Pastikan anak bawah umur 13 tahun tidak miliki akaun media sosial

Gambar Hiasan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan golongan ibu bapa untuk pastikan anak-anak mereka yang berusia 13 tahun ke bawah tidak memiliki sebarang akaun media sosial.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, SKMM mendapati bahawa kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial.

Menteri iti turut menyatakan kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan tersebut memiliki akaun media sosial.

“Kepada parents (ibu bapa) yang hadir pada malam ini, saya beri amaran daripada SKMM, anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.

“Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, SKMM…kita akan akan shut down (tutup) akaun tersebut,” katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai di sini malam ini.

PALING POPULAR

To Top