Umum

Kes kematian anak Ketua Polis Lahad Datu, siasatan dijalankan turut melibatkan bapanya

Gambar Hiasan

Kes kematian anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu berusia 14 tahun yang dipercayai tertembak diri sendiri dengab pistol milik bapanya Selasa lepas masih dalam siasatan polis.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun, siasatan lanjut itu juga turut melibatkan ketua polis daerah tersebut kerana pistol berkenaan dimiliki beliau.

Jauteh ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Ahli Parlimen Papar Armizan Mohd Ali dan Adun Kawang Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, siasatan juga masih belum dapat membuat sebarang kesimpulan sama ada kes tersebut mempunyai kaitan dengan kecuaian atau tidak.

Mengulas lanjut, pihaknya juga belum ada keputusan sama ada ketua polis daerah berkenaan digantung tugas memandangkan siasatan masih berjalan.

Terdahulu, media melaporkan insiden seorang mangsa perempuan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu pada 16 April. Dipercayai mamgsa maut akibat tembakan di dada sebelah kanan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Shahurinain Jais berkata, hasil siasatan mendapati hanya satu das tembakan dilepaskan dalam kejadian itu

 

 

PALING POPULAR

To Top