Umum

PAU 2024 bakal berlangsung 21 – 24 Ogos

Gambar Facebook

Perhimpunan Agung Umno 2024 bakal berlangsung bermula 21 hingga 24 Ogos ini, kata Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf dalam kenyataan berkata persidangan Umno cawangan dijadual pada 22 April hingga 2 Jun disusuli mesyuarat bahagian pada 21 Jun hingga 29 Julai.

Ketetapan itu dibuat mesyuarat majlis kerja tertinggi (MKT) Umno Jumaat malam.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata mesyuarat itu turut membincangkan memorandum berkaitan penghantar barangan dan makanan (p-hailing) yang diserahkan kumpulan itu, yang menggesa campur tangan Umno dalam isu kadar upah mereka.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk meminta kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sekali gus memastikan aspek kebajikan dan hak pekerja ekonomi gig terpelihara,” katanya.

Sementara itu, Asyraf juga menyatakan Majlis Ekonomi dan Kewangan Umno yang dipengerusikan Naib Presiden Johari Ghani akan mengadakan Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera pada 3 Februari di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

“Resolusi kolokium ini akan dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan dianjurkan pada 29 Februari hingga 2 Mac depan,”katanya.

PALING POPULAR

To Top