Umum

Lelaki dilaporkan hilang di rumah pam telah ditemukan lemas

Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang telah dilaporkan hilang di rumah pam Sungai Jempol, Maran ditemukan lemas pada 7.05 Sabtu malam.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria, mangsa Mohd Rohaizan Abdullah, 51, ditemukan kira-kira 700m dari lokasi motosikalnya dijumpai.

Dilaporkan, mangsa, seorang pemegang kad Orang Kurang Upaya dan beralamat di Felda Ulu Jempol, Maran, tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 8 pagi semalam, sebelum motosikalnya ditemukan di rumah pam itu tengah hari tadi.

PALING POPULAR

To Top