Umum

Peguam ditahan disyaki terlibat rasuah bernilai RM1.6 juta

Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang peguam yang disyaki terlibat aktiviti rasuah kira-kira RM1.6 juta daripada seorang usahawan, tengah hari tadi.

Menurut laporan FMT, sumber berkata suspek berusia 30-an itu ditahan di sebuah restoran makanan segera sekitar Ipoh, Perak, kira-kira 12 tengah hari selepas menerima wang tunai RM100,000 termasuk dua keping cek bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Sumber turut memaklumkan suspek, yang juga pemilik firma guaman, telah menghubungi mangsa kononnya dapat membantu menutup kes jenayah usahawan terbabit.

“Berdasarkan siasatan, wang rasuah itu akan dibahagikan kepada beberapa individu penting di beberapa agensi kerajaan sebagai balasan membantu menutup siasatan kes jenayah yang dihadapi oleh usahawan berkenaan,” katanya.

Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sesyen Ipoh esok pagi

 

PALING POPULAR

To Top