Umum

Bernas nafi dakwaan campuran beras plastik

Gambar Hiasan

Bernas menafikan dakwaan oleh pihak tidak bertanggungjawab bahawa terdapat campuran beras plastik di dalam produknya.

Terdahalu, tuduhan kononnya terdapat campuran beras plastik dalam produk keluaran syarikat tersebut telah tular di media sosial.

Bagi menjawab tuduhan tersebut, Bernas berkata, pihaknya sentiasa memastikan tahap pematuhan piawaian tinggi dan pemantauan kualiti yang ketat di setiap peringkat perolehan bekalan beras import serta tempatan.

“Bekalan beras dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi beras yang dipantau rapi serta ditetapkan oleh kerajaan, ini bertujuan bagi mencegah sebarang bentuk penyelewengan tidak diingini,” katanya dalam kenyataan.

Bernas pada masa sama memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan adalah tulen dan selamat untuk orang ramai.

Rakyat dinasihatkan tidak mempercayai berita palsu selain tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyebarkan tuduhan bagi menjatuhkan reputasi Bernas.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau mendapati wujudnya unsur-unsur yang mencurigakan ke atas produk beras Bernas, emelkan aduan rasmi di [email protected]” katanya lagi.

PALING POPULAR

To Top