Umum

Pelakon “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” Sabri Yunus dan Angeline Tan sah bergelar suami

Gambar IG isseyfazlisham

Pelakon popular siri “Pi Mai Pi Mai Tang Tu”, Sabri Yunus dan Angeline Tan kini sah bergelar suami isteri.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh penyampai radio Issey Fazliham menerusi hantaran akaun di Instagram miliknya, isseyfazliham.

Dalam hantaran yang dimuat naik gambar sekitar majlis pernikahan tersebut, Issey turut menulia dengan ringkas, “Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.

Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi mai pi mai tang tu.”

Pasangan popular itu dilaporkan dinikahkan pada pagi Sabtu oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Sabri dan Angeline mula dipopularkan menerusi watak masing-masing, Wan Ismail Golok dan Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

 

 

 

 

PALING POPULAR

To Top