Umum

Pekerja gerai buger maut terkena renjatan elektrik

Gambar Hiasan

Dua lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika bekerja di sebuah gerai burger di Taman Bercham Raya, Ipoh, Perak awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata, kedua-dua mangsa yang berusia 30 dan 14 tahun itu merupakan pekerja gerai berkenaan.

Katanya, anggota dari Balai Polis Tambun menerima maklumat dari orang awam pada jam 1.15 pagi pada Ahad berhubung kejadian tersebut.

Mereka berdua yang merupakan rakan telah disahkan meninggal duina oleh petugad ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa merupakan pekerja gerai dan mereka dipercaya terkena renjatan elektrik semasa bekerja di gerai burger tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Yahaya berkata, kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke HRPB Ipoh untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

PALING POPULAR

To Top