Umum

Pendeposit diingatkan agar berwaspada dengan laman web palsu Tabung Haji

Tabung Haji (TH) menasihati orang ramai berhati-hati agar tidak memjadi mangsa ditipu dan terpedaya dengan pelbagai taktik scammer.

TH berkata demikian menerusi sebuah hantaran di laman Facebooknya yang turut meningatkan pendoposit agar sentiasa memastikan melayari laman web THiJari yang betul.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my,” jelasnya dalam hantaran tersebut sebelum membuat penafian berkaitan laman web palsu yang tidak dikendalikan oleh TH.

Katanya, “laman web www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).

Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan.”

Sementara itu, dalam hantaran terdahulu, TH berkongsi, untuk kemudahan pendeposit, THiJari turut boleh digunakan sebagai aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Playstore dan Apple App Store.

Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada para pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji.

Dengan THiJARI, urusan anda di Tabung Haji lebih mudah, cepat dan selamat.

 

PALING POPULAR

To Top