Entertainment

Beto Kusyairy kecederaan akibat kemalangan

Gambar FB Beto Kusyairy

Beto Kusyairy, seorang pelakon, kecederaan akibat kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal Solidarity Ride Free Palestine Wings Motor Gangs Society (WMGS) Asean ke Masjid Negeri Perak di Ipoh Isnin lalu.

Kejadian yang melibatkan seorang lagi peserta konvoi tersebut berlaku berhampiran Ladang Bikam, Sungkai.

Lagenda rock tanah air, Datuk Awie mengesahkan berlakunya kejadian berkenaan. “Kemalangan itu tak berapa serius. Ada dua orang terlibat,” katanya. Beliau ditemui selepas program Solidarity Ride Free Palestine WMGS Asean ke Masjid Negeri Perak di Masjid Sultan Idris Shah II di sini pada Isnin.

Sempena program berkenaan, lebih 300 peserta konvoi tiba di Masjid Negeri Perak kira-kira jam 7.30 malam. Konvoi yang melibatkan 11 kelab motosikal berkuasa tinggi lain tetap diteruskan biarpun hujan sepanjang perjalanan.

PALING POPULAR

To Top