Umum

Pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan Polis

Pengasas bersama dan pemilik saham terbesar syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd telah ditahan oleh pihak polis.

Datuk Goh Hwan Hua,57 bersama isterinya, 55, dan anak lelaki yang berusia 26 tahun ditahan di kediaman mereka bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Menurut laporan media, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf telah menyatakan polis telah dapat kebenaran untuk menahan reman ketiga-tiga individu itu selama empat hari bermula hari ini.

Untuk maklumam, pada awal Oktober, MYAirline telah mengumumkan syarikat itu menggantung operasinya serta-merta akibat “cabaran kewangan signifikan” yang mengundang pelbagai perbincangan hangat di media sosial.

Sehubungan itu, turut tular di media sosial spekulasi mengaitkan aktiviti pengubahan wang haram dengan syarikat penerbangan itu.

PALING POPULAR

To Top