Umum

Judi dalam talian merupakan kesalahan bawah akta sedia ada

Gambar Hiasan

Mahkamah Rayuan telah mengesahkan sabitan dan hukuman terhadap seorang pesara polis dan bekas pengurus sebuah tempat perjudian atas kesalahan berasingan berkaitan perjudian di Melaka.

Rayuan akhir Rashid Mahmud, 62, dan Roseaini Johor,39, didengar oleh panel 3 hakim diketuai oleh Vazeer Alam Mydin Meera.

Rayuan kedua-dua mereka dibuat berdasarkan persoalan undang-undang, adakah premis yang digunakan untuk perjudian dalam talian tanpa memiliki mesin perjudian fizikal merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang hanya terpakai di Semenanjung Malaysia.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti penghakiman Mahkamah Tinggi, Vazeer berkata tiada keperluan di bawah undang-undang untuk mempunyai instrumen fizikal di premis bagi melakukan kesalahan di bawah Jadual Pertama Akta.

Beliau berkata adalah memadai bagi pihak pendakwaan membuktikan bahawa perjudian telah dijalankan menggunakan komputer untuk kesalahan yang akan dilakukan.

“Oleh itu, kami menjawab soalan secara negatif dan menolak rayuan,” kata Vazeer, yang bersidang bersama Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy.

Rashidbtidak perlu menjalani sebarang hukuman kerana Mahkamah Tinggi menaikkan dendanya kepada RM5,000 yang telah dibayar olehnya dan membatalkan hukuman penjara tahun lepas berikutan rayuan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengeluarkan waran komital terhadap Roseaini untuk menjalani hukuman penjara 4 bulan dan 3 minggu.

PALING POPULAR

To Top