Umum

Penganguran dan kenaikan harga barang, siapa yang wajar dipersalahkan?

Kesan daripada inflasi global termasuk Malaysia ketika ini akan lebih berpanjangan sekiranya isu membabitkan pengganguran atau kekurangan tenaga buruh dalam tempoh terdekat tidak diatasi.

Pengganguran dan inflasi mempunyai kaitan dalam hubungan negatif antara dua variabel.

Di Malaysia, pada hari ini sebanyak 671,200 rakyat menganggur bagi suku pertama 2022. Dari jumlah itu sebanyak 303,200 adalah golongan belia.

Data yang dikeluarkan ini menunjukkan bahawa

ekonomi Malaysia kurang baik dan ia mencerminkan penurunan pengeluaran ekonomi.

Bukan hanya masalah pengganguran, tapi masalah kenaikan inflasi di Malaysia yang makin membimbangkan hari demi hari.

Malaysia bagaikan seperti tiada kerajaan, apabila Perdana Menteri sendiri berdiam diri tanpa cuba untuk menyelesaikannya malah nak di tambah pula beban rakyat Malaysia dengan melaksanakan semula GST.

Beliau juga tidak habis-habis dengan slogan “Gugusan Keluarga Malaysia” yang tidak nampak apa isi dan hala tujunya. Sepatutnya, selaku Perdana Menteri beliau perlu membincangkan hal-hal umum seperti ini agar rakyat tahu beliau sudah mengambil tindakan atas apa yang berlaku.

Namun, ia bagaikan melepaskan batuk di tangga apabila sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Jangan biarkan rakyat Malaysia merempat di negara sendiri. Yang miskin terus miskin, dan yang kaya terus berkuasa!

Di mana, peluang pekerjaan yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perdebatan beliau bersama Anwar Ibrahim bahawa dengan adanya MRT, TRX akan memberikan peluang pekerjaan.

Semua ini menjadi satu persoalan sehingga ke hari ini. Adakah rakyat juga yang perlu dipersalahkan dengan mengatakan rakyat malas dan tidak mahu berusaha.

Tepuk dada tanyalah selera, 60 tahun memerintah tetapi perkara seperti ini masih culas untuk diperbetulkan.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top