Umum

AmBank Economic Research unjur inflasi 2.5% hingga 3.5%

Gambar Hiasan

AmBank Economic Research mengunjurkan inflasi bagi 2024 berada antara 2.5% hingga 3.5% selepas mengambil kira kesan rasionalisasi subsidi serta kenaikan cukai perkhidmatan (SST) kepada 8%.

Bagaimanapun keadaan mungkin terdapat peningkatan sekiranya skop rasionalisasi subsidi itu melibat RON95.

Menurutnya, pelaksanaannya bergantung kepada kemajuan pangkalan data Utiliti Nasional (Pangkalan Data Utiliti Kebangsaan atau PADU), dan pangkalan data itu berkemungkinan siap pada suku pertama 2024.

“Berdasarkan unjuran kerajaan, inflasi akan berada antara 2.1% hingga 3.6% pada tahun hadapan.

“Keadaan itu mencerminkan peralihan beransur-ansur ke arah mekanisme subsidi bersasar yang dijangka direalisasikan pada 2024,” katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal pada 4.0% untuk tahun 2023, dan naik kepada 4.5% pada tahun 2024.

Namun, bank itu turut menyatakan dengan rasionalisasi subsidi yang bakal melibatkan makanan dan minyak pada 2024, perubahan dari segi tabiat perbelanjaan dijangka berlaku.

 

PALING POPULAR

To Top