Umum

Pengusaha teksi dan bas terima baik perlaksanaan penyasaran subsidi bahan api

Gambar Comfort Taxi

Pengusaha teksi dan bas menerima baik keputusan kerajaan untuk meneruskan subsidi bahan api diesel bagi beberapa sektor dan industri susulan pengumuman perlaksanaan penyasaran subsidi bahan api.

Menurut President Persatuan Pengusaha Teksi Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perpekli) Siti Faradilah Aslah, perlaksanaan penyasaran subsidi bahan api diesel dapat memberi kelebihan kepada pengusaha yang menerima manfaat untuk bersaing dengan perkhidmatan ‘ehailing’.

“Teksi jenis van membawa keluarga dan van premium yang beroperasi di lapangan terbang, menggunakan bahan api diesel, sudah tentu akan menerima manfaat daripada subsidi bersasar ini,” ujarnya.

Beliau turut menyatakan perlaksanaan penyasaran subsidi ini mampu mengurangkan kos operasi bagi pengusaha teksi perjalanan jauh (long distance taxi) selain pengusaha kereta sewa yang mempunyai kenderaan menggunakan diesel.

Siti Faradilah yang juga ahli jawatankuasa Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce berharap Kementerian Pengangkutan dapat menilai semula kadar tambang bagi sektor ini, mengambil kira kadar inflasi yang sudah mencecah 2 kali ganda dari masa kenaikan kadar tambang terakhir pada tahun 2017.

Dalam mengulas pengumuman berkaitan penyasaran subsidi bahan api, media juga melaporkan President Pan Malaysian Bus Operators Association Datuk Mohamad Ashfar Ali menerima baik pengumuman kerajaan berkaitan penyasaran subsidi diesel sambil menyatakan pengusaha industrinya telah menerima subsidi diesel hampir tempoh sedekad.

Bagaimanpun beliau turut menyatakan hasrat agar kuota subsidi yang diberikan itu dapat ditambah, kerana ia tidak mencukupi untuk penggunaan sebulan.

Menurut Mohamad Ashfar, buat masa ini bas henti-henti dan bas ekspres masing-masing menerima 1,440 liter dan 2,880 liter sebulan pada harga RM1.88 setiap liter.

“Kami telah membuat permohanan agar kuota ditambah kepada 4,000 liter sebulan bagi bas henti-henti dan 6,000 liter sebulan bagi bas ekspres pada harga RM1.50 setiap liter,” katanya dilaporkan Star Media.

President Gabungan Teksi Malaysia Kamarudin Mohd Hussain turut dilaporkan berkata beliau berharap kerajaan akan mempertimbangkan subsidi bahan api petrol khusus untuk sektor perkhidmatan pengangkutan awam.

 

PALING POPULAR

To Top