Umum

Penjawat Awam gred 56 ke bawah terima bantuan khas hari raya RM500

Gambar Facebook

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas Aidilfitri berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak.

Beliau turut mengumumkan bantuan kewangan berjumlah RM250 buat pesara berpencen dan tidak berpencen.

“Saya dah maklumkan Perbendaharaan supaya bantuan khas disalurkan mulai Jumaat ini,” katanya pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini.

Anwar berkata, pemberian bantuan khas itu susulan maklum balas penjawat awam di ketika kunjungannya ke beberapa negeri baru-baru ini.

“Bila saya jumpa penjawat awam semalam…tanya macam mana bonus (raya)? Ada yang malu-malu kata tak apa saya faham Datuk Seri, seorang lagi kata (bonus awal) dah habis belanja Datuk Seri.

“Semalam di Sarawak dan petang ini ke Perlis, tapi semua tempat saya lihat penjawat awam masih mengeluh.

Pada 23 Feb lalu, penjawat awam gred 56 dan ke bawah, termasuk lantikan kontrak, menerima bayaran insentif awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000.

Dalam perkembangan lain, beliau mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula disalurkan Rabu ini.

Sementara itu, Anwar meminta penjawat awam lebih agresif menjelaskan inisiatif dan bantuan kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan kritikan terhadap kerajaan perpaduan.

PALING POPULAR

To Top